Ikut

Saya sudahpun mempunyai akaun CONNECT saya. Bagaimanakah saya menambah nombor telefon bimbit atau alamat e-mel?

Sekiranya anda mempunyai alamat e-mel yang sedia ada dan ingin menambah nombor telefon bimbit:

  1. Pergi ke https://connect.telenordigital.com, klik pada "Tukar ke e-mel" dan daftar masuk ke dalam akaun CONNECT anda dengan menggunakan alamat e-mel anda.
  2. Klik pada "Edit" di bawah "Nombor telefon saya".
  3. Masukkan nombor telefon bimbit dan kemudian tekan "Simpan".
  4. Untuk mengesahkan nombor telefon bimbit, kami akan menghantarkan kod pengesahan kepada anda melalui SMS. Masukkan kod pengesahan di dalam ruangan kod pengesahan.

Sekiranya anda mempunyai nombor telefon bimbit yang sedia ada dan ingin menambah alamat e-mel:

  1. Pergi ke https://connect.telenordigital.com dan daftar masuk ke dalam akaun CONNECT anda dengan menggunakan nombor telefon bimbit anda.
  2. Klik pada "Edit" di bawah "Alamat e-mel saya".
  3. Masukkan alamat e-mel, ulangi alamat e-mel di ruangan yang seterusnya, dan kemudian klik "Simpan".
  4. Kami akan menghantar kepada anda e-mel pengesahan dengan pautan pengesahan di dalamnya. Klik pada pautan untuk mengesahkan alamat e-mel anda.

Sekiranya anda tidak dapat mendaftar masuk tetapi masih ingin menambah nombor telefon bimbit atau alamat e-mel, sila hubungi Sokongan Pelanggan.

Adakah artikel ini membantu?
0 daripada 0 mendapati ini berguna

Ada soalan lagi? Hantarkan permintaan